Friday, July 4, 2008

Selayang Pandang


Demi menghargai alam semula jadi dan untuk mengekalkan kesinambungan spesies hidupan air daripada pupus, marilah kita memelihara ikan tropika di akuarium. Hobi ini dapat memberikan kepuasan sebenar. Bukan sekadar mempamerkan keindahan, tetapi dapat memberikan kesan stimulasi psikolgi kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.

Sambil menikmati keindahan akuarium yang dipamerkan, tidak kira di mana sahaja, cuba renungkan sejenak...
  • Menimbulkan rasa keinsafan kita kepada Maha Pencipta tentang keindahan alam ciptaan - NYA.
  • Keindahan akuarium dapat meningkatkan imej sesebuah organisasi seperti sekolah, universiti, hospital, jabatan - jabatan kerajaan, syarikat - syarikat, perniagaan dan sebagainya.
  • Memperbaiki keunggulan khidmat pelanggan sesebuah organisasi . Secara psikologi, air dapat memberikan ketenangan atau suasana nyaman (cooling effect).
  • Dapat meransang minda untuk memulakan sesuatu perbincangan.
  • Keindahan akuarium sebagai suatu cara meredakan tekanan kepada pesakit.
  • Akuarium yang dihias indah dikatakan boleh meredakan ketegangan fikiran seseorang selepas penat bekerja.
  • Akuarium merupakan suatu tarikan (eye-catcher) untuk mempromosikan produk perniagaan.
  • Akuarium di rumah dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.
  • Akuarium di rumah juga dapat membentuk pertumbuhan positif minda anak - anak dengan memupukkan rasa tanggungjawab dan prihatin mereka melalui cara - cara pemeliharaan dan penyelenggaraan ikan tropika.
  • Kesan Telepatik? Mungkin ada kebenarannya, kerana bukti menunjukkan beberapa orang pesakit telah sembuh penyakitnya.

No comments: