Ilmu Agama
Mempelajari tentang kebesaran Maha Pencipta yang mencipta ikan - ikan dan hidupan air yang tidak pernah kita terfikir selama ini. Ikan - ikan 'ajaib' yang boleh mengeluarkan caj elektrik (belut elektrik), ikan yang lutsinar (glassfish) tulangnya dapat kita lihat, ikan yang buta matanya (blind cavefish), ikan bermata empat (four-eye), ikan yang boleh berjalan di dalam lumpur sehingga berbatu - batu jauhnya (ikan belacak), ikan terbang (flying fish), ikan yang berenang terbalik (upside - down catfish), ikan seperti bentuk sebilah pisau (african knifefish), ikan seperti lembu (long - horned cowfish), ikan seperti landak (spotted porcupinefish), dan sebagainya.
Sejarah
Sejarah perkembangan manusia dan ikan - ikan; bagaimana tamadun manusia yang pertama memelihara ikan; dan perkembangan penciptaan peralatan akuarium dari dulu sehingga kini.
Geografi
Jenis - jenis ikan yang terdapat di benua tertentu di dunia, di kawasan tertentu seperti tasik, laut, sungai dan sebagainya.
Biologi
Mengenali habitat ikan, spesies ikan, sosiologi ikan dan hidupan air itu sendiri.
Kimia
Mengenali jenis air, sifat kimia dan komponen termasuk tindakan larutan kimia dan nutrien dalam air.
Fizik
Mengetahui fungsi kegunaan lampu dan fungsinya, jarak gelombang cahaya dan lain - lain.
Kejuruteraan Struktur
Struktur akuarium, ketahanan cemin, komposisi struktur aluminium dan struktur rangka akuarium.
Kejuruteraan Mekanikal
Pam angin dan penapisan mekanikal; pam air yang menggunakan kuasa mekanikal.
Kejuruteraan elektrikal
Kuasa elektrikal dalam pam bermotor yang menggunakan diafragma untuk menjana elektromagnet bagi menghasilkan angin.
Taxonomi
Sains tentang klasifikasi biologi. Nama - nama saintifik bagi ikan.
Seni
Hiasan dalaman (interior design) untuk menghasilkan hiasan yang menarik bagi sesebuah akuarium.
Hiasan
Hiasan sama ada dalaman akuarium atau reka bentuk akuarium yang anda ingini.
Teknologi
Alatan akuarium yang canggih dan moden seperti alat penapisan, sistem karbon dioksida dan sebagainya.
Teknologi Maklumat
Mengembangkan pengetahuan dengan melayari laman web, bermain dengan akuarium virtual atau mencipta laman web sendiri.
Teknologi Makanan
Pendidikan tentang diet dan pemakanan ikan.
Rekreasi
Bidang kopi untuk dilakukan pada masa lapang.
Perubatan
Cara - cara mengubati ikan dan hidupan air.
Embriologi
Proses persenyawaan telur dan pembiakan ikan.
Psikologi
Ransangan, tindak balas, dan pengaruh spesies ikan kepada spesies ikan yang lain, dan ransangan ikan terhadap manusia.
Pertanian
Tumbuhan pokok - pokok akuatik dan cara penanaman serta pembajaannya demi kesinambungan hidupannya.
Botani
Cabang biologi yang mempelajari tentang tumbuhan, jenis tumbuhan, kumpulan tumbuhan, dan sebagainya.
Akuakultur
Bidang ternakan ikan untuk tujuan komersil.
Politik dan sosiologi
Tentang komuniti ikan dan jenis - jenisnya, cara ikan berinteraksi sesamanya atau terhadap spesies yang lain.
Ilmu Kelautan
Bidang sains tentang ilmu kelautan termasuk fizik, kimia air, bilogi marin, dan ekploitasi sumber lautan.
Biologi Marin
Sains mengenai binatang - binatang dan tumbuh - tumbuhan yang hidup di laut.
Boleh dikatakan bahawa sesebuah akuarium mencakupi semua bidang ilmu yang boleh kita dalami untuk mempertingkatkan minda kita sekeluarga

No comments:
Post a Comment